Kumpulan penasihat kerajaan baru Malaysia dianggotai lima tokoh besar negara dek memiliki pengalaman dan kepakaran terbaik dalam bidang ekonomi. EH! perkenalkan kepada anda siapa mereka di rencana ini.
Dengan kemenangan parti Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU14) pada minggu lalu telah menyaksikan perubahan besar yang dilalui dalam kerajaan politik negara di mana parti pembangkang negara ini yang diketuai oleh mantan Perdana Menteri yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengunggulinya pada kali ini, sekaligus menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri sekali lagi selepas mengangkat sumpah di Istana Negara serta perdana menteri tertua di dunia.
Hanya dua hari selepas Tun Mahathir menjawat semula jawatan Perdana Menteri Malaysia, Tun telah pun mengumumkan satu Majlis Penasihat (Council of Elders) yang ditubuhkan bagi menasihati kerajaan mengenai hal-ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan mengikut kepakaran masing-masing. Kenali lima tokoh negara ini.