Percutian mewah yang melibatkan pelakon Korea bertaraf antarabangsa iaitu Jang Dong Gun menerusi sebuah program baru terbitan TVN Korea telah ditangguhkan seketika kerana pelakon ini baru saja muncul dengan drama baru. Oleh itu, penggambaran yang sepatutnya dijadualkan bermula dari Julai lalu dan berakhir pada Ogos ini turut mengalami perubahan besar kerana ia bukan saja melibatkan Jang Dong Gun seorang sebaliknya melibatkan ramai selebriti ternama Korea seperti So Jung Ki, Hyun Bin, Taeyeon dan ramai lagi.
Sungguhpun jadual penggambaraan terbaru masih belum ditetapkan, pihak produksi program ini masih lagi bercadang untuk memilih Malaysia sebagai destinasi penggambaraan untuk program yang menampilkan percutiaan mewah. Selain Malaysia, negara Eropah, Itali, Hawaii, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina masih lagi tersenarai sebagai lokasi utama.
Memandangkan Jang Dong Gun telah kembali sibuk dengan drama terbaru, konsep program ini telah mengambil keputusan untuk merubah sedikit penglibatan dari dua artis utama kepada 3 artis utama. Perubahan itu telah membuatkan nama Jang Dong Gun telah digugurkan dan digantikan pelakon kacak Jo In Sung dan Jung Woo Sung. Kedua-dua pelakon kacak yang masih bujang ini bakal bercuti dan bergandingan dengan pelakon veteran bersuara serak iaitu Kim Soo Mi.
Difahamkan, pihak produksi ini berkemungkinan bakal memilih pulau di Malaysia untuk dijadikan lokasi penggambaran program ini yang mana pihak yang terlibat telah pun turun ke Malaysia untuk melihat lokasi tersebut. Dalam masa yang sama, pihak produksi masih lagi terus mencari tempat sesuai untuk program yang menampilkan ramai bintang ternama Korea.
Jadi, seandainya anda merasakan lokasi anda sesuai untuk program ini, anda boleh tinggalkan komen dan hubungi EH! KOREA BUZZ kerana kami akan menyampaikan cadangan anda ke pihak produksi.