Teks: Anis Hanini
Ada lima peringkat perpisahan iaitu Sedih dan Penafian, Kemarahan, Tawar-menawar, Tertekan dan akhir sekali Penerimaan. Usah takut kerana anda perlu melalui lima peringkat ini. Selepas semuanya berakhir, mana tahu dunia tampak lebih baik daripada sebelum ini.
USAH TERLALU TEGAS TERHADAP DIRI SENDIRI
Perpisahan adalah satu perkara yang sukar jadi anda harus berbuat baik pada diri sendiri. Perasaan keseorangan, takut dan sedih adalah perkara normal. Cuba elak menghamburkan kata-kata negatif terhadap diri sendiri. Perpisahan ini mungkin sesuatu yang memang diperlukan untuk bantu anda berkembang sebagai seorang individu.
PASTIKAN ANDA SENTIASA SIBUK
Cuba fokus pada diri sendiri sahaja terutamanya dua minggu pertama selepas perpisahan. Guna masa yang ada ini untuk lakukan apa sahaja yang anda ingin lakukan. Sebagai contoh, mungkin anda boleh mencuba senaman baru atau luangkan masa untuk bercuti seorang diri. Ini adalah masa yang sesuai untuk anda berhubung kembali dengan diri sendiri dan belajar untuk kenal apa yang anda benar-benar suka.
Gambar: mic.com
MINTA PERTOLONGAN ORANG
Setelah melalui pengalaman pahit, digalakkan untuk anda meminta pertolongan orang lain. Merekatidak semestinya ahli mahupun teman rapat, pakar terapi juga turut dapat membantu anda. Pastikan anda meluahkan perasaan anda kepada mereka sahaja, bukan kepada bekas kekasih, walaupun anda marah pada mereka. Mungkin dengan bantuan orang lain, perpisahan boleh diharungi dengan lebih mudah.
DETOKS DIGITAL
Menurut satu kajian individu yang meluangkan masa mengintip (stalk) bekas kekasih di laman sosial akan menjadi lebih tertekan, menyimpan lebih banyak perasaan negatif dan rasa sedih sepanjang masa. Kajian lain turut mengatakan bahawa dengan hanya melihat gambar bekas kekasih, otak akan memberikan reaksi negatif pada badan hingga anda akan rasa sakit secara fizikal.
Jadi padam semua mesej lama, gambar-gambar bersama, unfollow mereka di sosial media dan pabila anda sudah bersedia, terus detoks digital buat sementara. Ia satu perkara yang sukar untuk dilakukan pada mulanya, namun semakin lama anda mempraktiskan self love, ia akan menjadi lebih mudah.