Praktikal dan Bergaya
Baik destinasi yang dituju dekat atau jauh, Honda BR-V mampu membawakan pengembaraan yang selamat dan bergaya. Hadir dengan ruang yang lebih besar, ciri-ciri yang lebih mudah dan praktikal serta prestasi yang cekap. Dilengkapi dengan 1.5 liter enjin i-VTEC yang mampu menghasilkan 120 kuasa kuda, di mana cukup tinggi untuk kelas sebegini. Transmisi CVT dengan Teknologi Earth Dreams menjanjikan pemanduan jauh yang cukup lancar dengan penjimatan minyak yang maksimum.
Hadir dengan ruang belakang yang fleksibel. Turunkan sahaja tempat duduk belakang untuk ruang penyimpanan yang maksimum.
Sistem airbag yang diklasifikasikan sebagai ‘excellence’ dalam ASIAN NCAP dengan meraih lima bintang standard keselamatan. Antara spesifikasi tambahan yang menarik, kerusi belakang direka khas untuk kelengkapan kerusi kereta bayi bagi pemasangan lebih kukuh dan selamat.
Kemasan yang sempurna dengan material yang cukup berkualiti dan rekaan tekstur yang teliti. Dilengkapi USB dan Bluetooth untuk hiburan seisi keluarga. Kesimpulannya, Honda BR-V ini serasi buat keluarga kecil dan besar yang inginkan keselesaan maksimum dan versatil.
Rujukan Harga