Hujung tahun selain musim bercuti ia juga adalah waktu terbaik untuk membeli-belah. Sama ada anda seorang yang kaki membeli atau tidak, year end sale pastinya tidak harus dilepaskan. Inilah masa terbaik untuk revamp isi almari dengan helaian baru untuk gaya lebih segar tahun depan.
Jadi, di mana patut anda berbelanja hujung minggu ini? Kami ada dua destinasi yang pasti berbaloi untuk poket anda. Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets itulah jawapannya. Mengapa? Kerana kedua-duanya menawarkan tawaran diskaun istimewa. Johor Premium Outlets (JPO) misalnya akan menganjurkan tawaran potongan hingga 80 peratus? Ya, anda tidak tersilap baca, 80 peratus diskaun bermula 20 hingga 22 Disember 2019. Ya, hanya tiga hari saja minggu ini.
Jadi bagi anda yang mungkin belum pernah kedua-dua outlet ini, kami kongsikan beberapa jenama yang ada di sini; Burberry, Bottega Veneta, Prada, Longchamp, Gucci, Kenzo, Prada, Outlet by Club 21, Stuart Weitzman dan banyak lagi.
Lebih istimewa, JPO minggu ini akan menawarkan mee goreng istimewa dari Nyonya Colours, sandwich dari O’Briens, Irish Sandwich Cafe, ice blended coffee dari Starbuck Coffee juga iced double chocolate from The Coffee Bean & Tea Leaf kepada 250 pengunjung JPO setiap hari.
Layari www.premiumoutlets.com.my untuk senarai lengkap jenama-jenama yang ditawarkan oleh GPO dan JPO. Happy shopping!