Anna Sui mula mementaskan koleksi fesyen yang menggunakan namanya sendiri pada tahun 1991, dan sejak itu para penggemar fesyen bagaikan sudah masak dengan identiti rekaannya. Pereka fesyen yang berpangkalan di kota New York ini cukup mahsyur dengan identiti motif bunga mawar dan rama-rama juga warna ungu. Gaya rekaannya lebih cenderung kepada gaya rock & roll. Bukan sahaja himpunan fesyen, Anna Sui turut melengkapkan himpunannya dengan koleksi haruman dan alat solek.
Berita baik bagi anda yang menggemari estetika gaya Anna Sui, Uniqlo akan melancarkan himpunan kolaborasinya bersama Anna Sui. Himpunan di bawah koleksi UT ini menawarkan inspirasi budaya pop sebenar serta seni grafik dengan misi mengekpresikan individualiti.
Menurut Anna Sui dia antara penggemar baju-t Uniqlo. “Saya memang sukakan koleksi kolaborasi Uniqlo bersama pereka fesyen dan memang berangan-angan mahu bekerjasama dengan mereka.”
Menurut Anna Sui rekannya bersama Uniqlo mengangkat unsur Bohemian dan feminin. “Item kesukaan saya dalam koleksi kolaborasi ini ialah gaun-gaunnya. Koleksi saya memang terkenal dengan gaun, dan dalam himpunan ini ada gaun yang boleh anda gayakan setiap hari.” Himpunan Uniqlo dan Anna Sui akan berada di pasaran Mei ini.