Demi Lovato telah mengejutkan ramai pihak apabila dia mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan dia dan Selena Gomez bukan lagi sahabat baik. Selena dan Demi sebelum ini sangat rapat ketika sama-sama bekerja bersama Disney.
Dalam temu bual terbaru Demi bersama majalah Harper’s Bazaar, Demi banyak bercerita tentang persahabatannya bersama Selena dan apa yang dia rasakan tentang komen Selena tentang persembahannya di Grammys. Jika anda lupa, Demi memberikan persembahan yang sangat menyentuh perasaan dengan lagu Anyone dan dia dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas itu kerana overdose.
Setelah Selena menonton persembahan tersebut, dia menulis, “I wish there were words to describe how beautiful, inspirational, and DESERVED this moment was. Demi, saya sangat gembira untuk awak. Terima kasih atas semangat dan keberanian awak.”
Foto: Seventeen magazine
Pada tahun 2018, Selena ditemubual oleh Elle Magazine tentang masalah yang dihadapi oleh Demi dan berkata, “Saya menghubunginya personally. Saya tak lakukannya secara terbuka. Saya tak nak. Saya sayangkan dia. Kami kenal sejak berumur tujuh tahun.”
Demi menjelaskan kenapa dia tidak memberi respon kepada Instagram Story Selena tahun ini. Demi berkata, “Apabila anda membesar bersama seseorang, anda akan sentiasa menyayangi mereka. Tetapi saya bukan kawan dia, jadi rasanya…” Demi tidak menghabiskan ayatnya tetapi dia sudah jelas dia tidak selesa dengan Insta Story tersebut. Dia menambah, “Saya akan sentiasa menyayangi dia dan I wish everybody nothing but the best.”
Selena belum memberi respon kepada isu ini tetapi jika dilihat daripada apa yang dikatakan oleh Demi, persahabatan mereka bagaikan sudah berakhir.