Kita disarankan untuk duduk di rumah jika tidak mempunyai hal-hal yang mustahak di luar. Ini untuk memberikan kes penularan wabak Covid-19 tidak bertambah besar. Jika dahulu, kita pasti akan ambil kesempatan untuk keluar rumah kerana mahu bergaya. Ya, mahu tunjuk baju bertag mewah, beg yang abru beli di Net-A-Porter juga kasut yang baru sampai dari Milan. Tapi sketsa hidup 2020 lain pula perjalanannya. But, siapa yang halang anda berhenti melawa di rumah? keep your spirit high! Sebab Dior ada caranya.
Sewaktu benua Eropah dilanda wabak Covid-19, semua rumah fesyen juga diarahkan tutup. Termasuklah Dior dan Pengarah Artistik koleksi wanitanya, Maria Grazia Chiuri mengambil kesempatan ini untuk berkarya. Dek kerana kena duduk di rumah, Grazia Chiuri mereka koleksi yang berkaitan dengan keselesaan di kediaman sendiri. Terhasillah, koleksi Dior Chez Moi yang didedikasikan kepada ceraian loungewear. Ini merupakan koleksi aktiviti rumah pertama buat Dior.
Bagi mencantikkan koleksi rumah ini, Grazia Chiuri menjemput pereka seni Pietro Ruffo untuk melakarkan lukisan buatnya. Artis seni asal Rom ini melakarkan kembali corak zodiak yang begitu dekat dengan mendiang Christian Dior. Dia menggabungan isi alam dari langit hingga ke bumi, juga bintang di galaksi sebagai motif utama Dior Chez Moi. Tidak lari jauh, ada juga yang direka dengan coprak toile de Jouy, satu motif dan fabrik penting dibawah tangan kreatif Maria Grazia Chiuri.