Gembiranya hati bukan kepalang bila mendengar perkhabaran tiada sekatan perjalanan sepanjang PKPB kali ini. Tiada lagi halangan untuk kamu rancang percutian #cuticutimalaysia sekarang!
Why vacation is important? Terdapat banyak faedah tersirat disebalik percutian. Selain dapat merehatkan badan ia juga dapat menjalinkan silaturahim sesama keluarga sekaligus meningkatkan keyakinan, dan membantu membina nilai keluarga dari satu generasi ke generasi. Bukan sahaja meluang masa bersama keluarga malah percutian untuk pasangan memperbaiki intimasi juga sangat digalakkan.
Anantara Desaru Coast Resort & Villas, berlokasi di pantai bersih sepanjang 17 kilometer menghadap Laut China Selatan, terletak berhampiran Iskandar Malaysia dan mudah diakses melalui 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan dua jam perjalanan dari Singapura ini menawarkan pakej percutian mengagumkan yang mesti anda dapatkan. Baca berikutnya untuk anda tahu tentang pakej percutian daripada Anantara Desaru Coast Resort & Villas ini.
• Untuk percutian keluarga yang sempurna, anda boleh memilih pakej Anantara Staycation. Pakej ini merangkumi penjimatan yang luar biasa, makan malam bertemankan cahaya lilin untuk dua orang, penginapan satu malam untuk dua orang dengan pemandangan laut mewah, sarapan setiap hari, makan malam percuma untuk satu kanak-kanak berumur sehingga 11 tahun dari menu kanak-kanak. The Layang Layang Kids Club dan Teens Club menjanjikan hiburan dan aktiviti yang menyeronokkan seperti kelas membuat kek cawan, pizza, boardgames dan banyak lagi.
• Quick and romantic getaway! Tempah pakej Anantara Spa Essence yang merangkumi penginapan di bilik atau vila, sarapan setiap hari untuk dua orang termasuk urutan Anantara Signature Massage selama 60 minit untuk dua orang setiap penginapan. Baru-baru ini dianugerahkan Spa Terbaik Resort Malaysia di Anugerah Spa Dunia 2020. Manjakan diri dengan urutan khas untuk dua orang, berbaring berdampingan dengan teknik urutan Timur dan Barat, disulami campuran minyak spa yang memberi 100% relaksasi.
Ketika menginap di resort ini, anda boleh turut serta dalam pelbagai aktiviti seperti Dining by Design (private dining Anantara yang istimewa), morning and evening walks. Melawat Old Town Johor Bahru untuk foodie tour dan banyak lagi!
Untuk maklumat dan tempahan lebih lanjut, sila hubungi desaru@anantara.com atau layari laman web: //www.anantara.com/en/desaru-coast
Artikel berkaitan: Tip Rancang Percutian Bulan Madu Dengan Sempurna