Vanessa Hudgens mula dikenali melalui watak Gabriella Montez dalam filem Disney Channel bertajuk High School Musical yang ditayangkan pada tahun 2006.
Sejak itu, dia tidak menoleh ke belakang dan terus menaikkan namanya dalam dunia seni dengan mengeluarkan dua album studio, muncul di Broadway, menjadi bintang undangan dalam rancangan seperti The Suite Life of Zack and Cody, juga membintangi filem antaranya Spring Creakers, The Princess Switch dan Second Act. Terbaru, anda boleh melihatnya dalam filem Netflix berjudul The Princess Switch: Switched Again.
Itu sedikit sebanyak mengenai kerjayanya, bagaimana pula dengan kehidupan peribadinya? Berikut empat perkara yang mungkin anda belum tahu mengenai si cantik manis ini.
1.Ketika zaman remaja, dia meminati Zac Efron, yang tidak lama kemudian menjadi teman lelakinya!
Hudgens mendedahkan rahsia ini dalam satu wawancara bersama Huffington Post di mana dia turut menyebut Matt Damon sebagai salah seorang selebriti kegemarannya.
“Saya berusia 14 tahun ketika bertemunya buat kali pertama. Saya sangat terperanjat dan berkata, ‘Oh my gosh, saya betul-betul sukakan awak, boleh saya dapatkan autograf?’”
2. Dia seorang pescatarian.
Dia bukan satu-satunya selebriti yang memilih untuk makan ikan serta makanan laut berbanding daging merah. Olivia Wilde, Cam Newton, dan A$AP Rocky juga merupakan pescatarian.
3. Bapanya meninggal dunia disebabkan kanser tahap empat pada tahun 2016.
Bapanya menghembuskan nafas terakhir malam sebelum persembahan muzikal Grease: Live yang dilakonkannya.
“Sejujurnya, apa yang membuatkan saya bertahan adalah mereka yang berada di sekeliling saya. Ia sangat mengejutkan. Saya tahu detik itu akan tiba, tapi anda tidak akan pernah bersedia dengan pemergian kedua ibu bapa,” katanya kepada People.
4. Hot Cheetos dan ramen adalah makanan kegemarannya.
Menurut Hudgens, comfort food pilihannya bergantung pada situasi sama ada dia sedang berdiet atau tidak. Bila hari-hari dia tidak berdiet, dia akan memilih dua makanan ini.
Foto: Getty Images