Revolusi sniker berterusan dengan rangkaian baharu Teddy Pop ilham Moschino. Kekal dengan citra gaya ‘streetwear’, Moschino Teddy Pop menggarap elemen budaya pop dan menyuntik penginovasian baharu, setanding dengan sniker-sniker terhebat lain. Menggunakan teknik baharu untuk menghasilkan efek buih seakan 3D, lantas memberi identiti gaya baharu yang unik. Butiran tersebut menyimbolkan fasa baharu Moschino dalam penciptaan aksesori seperti sniker.
‘Soles’ yang terdapat pada sniker mengekalkan elemen klasik Moschino Teddy, menunjukkan kewibawaan koleksi ikonik tersebut. Hadir dalam tiga warna yang cukup versatil-putih, hitam dan pastel bagi memberi opsyen gaya yang pelbagai.
Rekaan ‘lantang’ Moschino Teddy disesuaikan dengan bermacam persekitaran dan keperluan, sama ada melayangi kota dan mengatasi hari-hari dengan kerja mahupun keluar berpergian untuk merehatkan minda. Terkadang kasut sniker yang paling selesa untuk dipakai. Cukup sekadar utiliti atau impak gaya yang melambangkan diri seorang yang on-the-go, malah menepati cita rasa generasi masa kini.
Lebih istimewa, koleksi ini turut dihadirkan dengan beg tote yang memiliki ilham yang sama untuk melengkapi keseluruhan penampilan. Bagi peminat fesyen ‘streetwear’, Moschino Teddy boleh didapati di butik Moschino Pavilion dan beli secara online di www.my.moschino.com.
Artikel berkaitan: Hadiah Secret Santa Terbaik Buat Your BFF!