Anugerah Meletop (AME2020) berlangsung meriah dan EH! memilih lima gaya solekan yang mencuri tumpuan.
Anugerah Meletop 2020 berlangsung malam tadi, dan antara highlight yang menajdi buah mulut tentulah aksi melamar secara live antara Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Kedua-duanya menerima ratusan ucapan tahniah dan ternyata ramai gembira dengan khabar ini. AME2020 turut dimeriahkan dengan persembahan barisan artis popular yang mana acara tahun ini bertemakan ‘Yang Epik, Yang Legend’. Antara yang membuat persembahan ialah Misha Omar, Anuar Zain, Noraniza Idris, Wany Hasrita dan Kumpulan Dolla. AME2020 diacarakan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Zizan Razak.
Janna Nick
Antara solekan terbaik di AME2020. Bong yang begitu sinonim menyolek Nur Fazura, malam tadi dipilih Oleh Janna Nick. Bong mencipta asas solekan yang begitu glowing dan ditemani dengan gaya cat-eye yang mirip dengan gaya oriental. Dandanan sleek membuatkan riasan ini tampak bertambah mahal.
Jihan Muse
Pengacara AME 2020 ini memilih untuk menggunakan khidmat Khir Khalid. Khir memberi gaya solekan mata ‘crease’ dalam ton koklat dan gangsa dan dilengkapkan dengan penggaris mata hitam. Khabarnya ini adalah kali pertama Khir merias wajah Jihan dan menurut Khir dia hanya mempunyai masa 45 minit sahaja untuk menyempurnakan solekan ini. “Tak puas rasanya,” kongsi Khir.
Ernie Zakri
Tampil di pentas Anuegrah Meletop 2020 beradu suara bersama Aina Abdul, Ernie tampil dengan gaya solekan sedikit gothic bila mana matanya tampil dalam gaya solekan grafik dan untuk bibir pula Sahir memberikan calitan gincu dalam ton gelap dalam stail ‘smudgy’.
Klik: 7 Solekan Pilihan Di Semi Final Muzik-Muzik
Nabila Razali
Jarang-jarang kita nampak Bella tampil dalam gincu berwarna terang, dan Bella ternyata mahu tampil berbeza kali ini. Tampil sebagai penyampai anugerah malam tadi, Bella disolekkan oleh jurusolek kegemarannya Bee Ramza. Bee melengkapkan solekan ini dengan gaya mata cat-eye untuk menghidupkan penampilan Bella yang tampil dalam balutan busana berwarna putih dan perak.
Aina Abdul
Ahmad Dani sekali lagi ditugaskan untuk menyempurnakan solekan Penyanyi bervokal hebat ini. Aina yang tampil dalam busana serba hitam dilihat tampil dalam solekan mata cat-eye dan sudut dalam matanya dicalit dengan pembayang mata berkilau untuk mencipta dimensi pada solekan matanya. Bibir koral dengan calitan glos bibir menyempurnakan lagi solekan ringkas ini.