Tahun 2020 dilihat sebagai satu tahun yang cukup ‘pelik’ namun ia mencetus banyak momen penting dalam dunia kecantikan, juga detik yang cukup berbeza, malah ada yang tidak pernah kita terfikir akan popular.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2020, satu tahun yang cukup mencabar, satu tahun yang sarat pengalaman baru. Walaupun ia dianggap sebagai satu tahun yang tidak mahu dikenang-kenang, tapi saya percaya tahun 2020 mencipta banyak memori yang akan segar bugar dalam ingatan. Tahun ini juga menykasikan banyak meomen-momen pnting dalam dunia kecantikan.
Pelancaran Jenama Kosmetik Selebriti
Tahun 2020 menyaksikan ramai selebriti melancarkan jenama kosmetik mereka sendiri. Rihanna yang sebelum ini mencetus fenomena dengan pelancaran Fenty Beauty, tahun meneruskan momentumnya apabila dia memperkenalkan pula Fenty Skin. Antara selebriti lain yang mengikut jejak Rihanna ialah Jennifer Lopez, Selena Gomez dan juga Pharrell Williams. Rangkaian kosmetik Selena Gomez menerusi Rare Beauty dilihat lebih ‘pure’ dan Pharell Williams pula mempunyai tarikannya tersendiri bila mana rangkaian penjagaan kulitnya bersifat uniseks.
Klik: Selena Gomez Dedah Kisah Sebalik Rare Beauty
Rutin Cantik ‘Zoom Meeting’
Tahun 2020 juga menyaksikan zoom meeting menjadi satu perkara normal bagi semua yang bekerja. Work from home membuatkan ramai yang lebih senang bermalas-malas dengan helaian yang selesa dan wajah yang tidak bersolek. Namun disebabkan adanya ‘pertemuan’ maya memerlukan sedikit usaha untuk tampil kemas dan presentable walaupun di rumah. Semua mahu nampak segar di hadapan lensa komputer riba mereka termasuklah lelaki.
Gunting Rambut DIY
Sewaktu lockdown ramai yang memberanikan diri untuk menggunting rambut sendiri, atau dibantu oleh ahli keluarga atau rakan serumah. Berbulan-bulan menanti kedai gunting dibuka ramai yang nekad menggunting rambut sendiri, paling tidak pun menggunting jambul depan (bangs atau fringe). Miley Cyrus misalnya menerima bantuan dari ibunya sendiri, maka terhasillah gaya mullet yang kekal dia gayakan sehingga ke hari ini. Karlie Kloss pula berkongsi video dia menggunting rambut suaminya, Joshua Kushner.
Klik: Kisah Lucu Disebalik Gaya Mullet Miley Cyrus
Trik Cantik TikTok
TikTok mencetus fenomena sepanjang lockdown. Pelbagai video dikongsi dan antara yang popular ialah trik cantik (beauty hacks), transformasi dan munculnya influencer kecantikan baru seperti Addison Rae. Banyak juga jenama kecantikan yang menggunakan TikTok sebagai platform baru dalam memperkenalkan rangkaian baru mereka.
Kelas Cantik Virtual
Stay at home! MCO membuatkan ramai lebih senang di rumah Sahaja termasuklah hal kecantikan dan kesihatan, ramai yang lebih senang mengikuti kelas kecergasan secara virtual malah ramai yang menggunakan kemudahan maya untuk janji temu dengan dermatologi, jurusolek mahupun pendandan rambut untuk tip juga khidmat kepakaran mereka.