Adria Arjona yang menjadi heroin baru filem Spiderman, Morbius terpilih menjadi wajah rasmi My Way, minyak terbaru dari Giorgio Armani.
Adria Arjona Torres usianya bakal menjengah 29 tahun ini dan saya jangka namanya akan lebih meletop pada tahun hadapan apabila filem terbaru Spiderman, Morbius akan dilancarkan. Dia sebelum ini banyak membintangi filem atau drama untuk tayangan TV seperti HBO juga saluran aplikasi seperti Netflix yang mana dia membina populariti menerusi filem 6 Undergorund.
Wajahnya yang eksotik telah menarik minat Giorgio Armani untuk menjadikannya sebagai wajah rasmi haruman penuh keanggunan, My Way. Haruman bertutup biru ini disifatkan cukup feminin namun masih ada ciri-ciri eksotik yang membuatkannya cukup istimewa. Maka tidak silap untuk label dari Itali ini memilih Adria Arjona sebagai duta rasmi.
Wanita yang dilahirkan di Puerto Rico ini berhijrah ke Miami bersama kelurganya ketika dia berusia 12 tahun. Dia memang dibesarka dalam keluarga seni memandangkan ayahnya sendiri adalah seorang penyanyi dan juga penulis lagu. Pada usia 18 Adria berpindah ke New York bekerja sebagai pelayan restoran dan dalam masa yang sama menimba ilmu seni lakon di Lee Strasberg Theatre and Film Instintute.
Artikel Berkaitan: Anak Kate Moss Bintang Haruman Baharu Marc Jacobs
Keanggunan Aroma My Way
Salah satu ciri-ciri utama untuk menjadi satu haruman yang disukai oleh wanita ialah ia mestilah diperindahkan dengan bau bunga-bungaan. Tidak lengkap satu haruman itu tanpa diangkat nota bunga sebagai intipati utama. Itu jugalah yang dilakukan Oleh Giorgio Armani menerusi Haruman My Way, satu haruman yang menyatukan pelbagai bunga yang datang dari seluruh dunia. Giorgio Armani menyifatkan harumannya ini sebagau satu aroma yang cukup elegan. Disebalik aromanya yang lembut masih tercetus sedikit elemen eksotik dengan percikan kayu cedar (cedarwood).
Variasi bahan-bahan yang datang dari seluruh dunia, diramu dan dihimpunkan dalam satu kelalang kaca Merah samar, My Way haruman dari Giorgio Armani mencetus satu aroma yang cukup kental identiti femininnya.
My Way menyatukan bergamot yang diimport dari Calabria juga orange blossom yang dibawa dari Mesir. Dua nota ini menjadi pembuka kepada haruman ini. Minyak wangi ini juga diperindahkan baunya dengan kuntuman tuberose dan bunga melati dari India. Khabarnya bunga tuberosenya dipetik di Mysore, India yang terletak di negeri Karnataka. Haruman ini diperlengkapkan lagi dengan cedarwood dari Virginia, manakala vanilanya pula dibawa dari Madagascar dan diserikan dengan kemunculan musk. Apa yang menarik lagi, vanila yang digunakan di dalam My Way adalah hasil dari program komuniti lokal di Madagascar.