Satu atau dua dekad lalu, pasti sukar untuk anda memberi salah satu nama influencer di alam maya. Namun kini, personaliti YouTube atau media sosial lain sudah sebati dalam kehidupan seharian kita.
SurveyMonkey Audience melakukan satu tinjauan terhadap 1,040 orang untuk mengenal pasti siapakah 10 influencer paling berpengaruh di media sosial. Ini senarainya…
10. Addison Rae
Penari TikTok yang mempunyai 76 juta pengikut ini baru sahaja berusia 20 tahun dan menjadi terkenal sejak menyertai Hype House pada 2019. Menurut data, 16% daripada peserta tinjauan mengenali Addison di mana daripada jumlah itu 29% menyukainya manakala 35% pula sebaliknya. Baru setahun jagung menjadi bintang TikTok tetapi nampaknya dia sudah memberi impak yang agak besar.