Hanya dengan satu jam, anda dapat memiliki kulit wajah idaman. Jenama kecantikan SOTHYS tampilkan rawatan Spot-On-Results istimewa buat anda yang memerlukan rawatan intensif dengan segera.
SOTHYS punya falsafah tersendiri dalam dunia kecantikan. Cukup dikenali dengan barisan produk dan rawatan penjagaan kulit serba eksklusif. Pada 1946, Dr. Hotz mencipta serum biologikal yang tersimpan rapi dalam ampoule adalah pertama kali ianya diperkenalkan di mata dunia hingga tercipta satu revolusi terbaru dalam dunia kosmetik dan penjagaan kulit wajah. Jelasnya, jika ianya tersimpan di dalam ampoule, serum yang punya kandungan bahan aktif tidak akan terdedah dengan pengoksidaan.
Disebalik kesibukan mengejar “Deadline” majalah, pengarang kecantikan EH! Julia Azman sempat membuat reviu rawatan wajah bersama SOTHYS. Sebelum anda ingin membuat rawatan wajah, sebelum itu pakar kecantikan akan membuat ujikaji ke atas kulit wajah anda, meneliti apa permasalahan kulit yang sedang dilalui sebelum menawarkan jenis rawatan yang sesuai dilakukan.
Sampainya saya di salun kecantikan SOTHYS di cawangan Publika, kulit wajah saya dianalisis melalui SkinscopeTM yakni alatan untuk mengukur tahap kelembapan kulit dan sebum kulit. Menerusi keputusan yang diterima kulit saya tidak punya masalah hidrasi dan sebum, hanya agak kusam dan tidak bersinar. Saya disarankan untuk mencuba sendiri rawatan Spot-On-Results untuk kategori Radiance Treatment for Dull Tired Restores Skin’ Clarity and Vitality.
Spot-On-Results Treatment ini direka untuk golongan profesional dalam lingkungan umur 25-35, ia adalah gabungan rawatan facial dan intensif premium. Rawatan selama 75 minit ini juga akan diberi Ampoule yang mengandungi ramuan ekstrak,vitamins mengikut kesesuaian masalah kulit.
Sebelum memulakan rawatan, kulit wajah akan dimanjakan dengan urutan Essential Relaxing Head Massage yang distimulasi bersama Bio-stimulating Oil untuk melancarkan saluran darah dan urat saraf di samping mengurangkan ketegangan stress di kepala dan bahu. Setelah itu, wajah akan dibersihkan menggunakan SOTHYS Eye and Lip Make-Up Removing Fluid, Cleansing Milk dan Lotion. Sapuan seterusnya adalah SOTHYS Biological Skin Peeling, ini adalah untuk proses pengelupasan kulit bagi membuang sel kotor selama 5 minit sambil badan diurut dalam skala menyeluruh.
Sepanjang rawatan, ianya sangat menenangkan bab terbuai mimpi indah. Seperti kebiasaan kala anda melakukan facial muka, Tidak akan tinggal proses membuang whitehead dan blackhead. Desquacrem, SOTHYS First Deep Pore Cleanser akan diaplikasi pada wajah. Barulah wajah akan diletakkan Ampoule. Untuk kulit saya, Ampoule jenis Radiance Treatment dipilih untuk memberi penegasan pada kulit dengan bahan aktif botanikal menggunakan pergerakan Essential Penetration untuk memberi kesan penyerapan secara menyeluruh.
Sebelum habis sesi, masker muka dibiarkan selama 15 minit diikuti dengan semburan nipis Vitality Lotion, aplikasi krim mata, serum dank rim wajah dan Protective Fluid SPF50 untuk pelindungan wajah dari sinaran UV.
Seperti saya kulit wajah agak sensitif, setelah habis treatment wajah agak kemerahan tetapi selepas satu jam mula kembali normal dan nampak perbezaan sebelum dan selepasnya. Sudah hari kelima, kulit saya masih kekal bersinar dan kini tanpa secalit mekap wajah tampak berseri. Untuk mengalami pengalaman eksklusif ini anda boleh cuba rawatan Spot-On-Results hanya dengan RM220 di setiap salun kecantikan SOTHYS berdekatan.
Artikel berkaitan Spa Rawatan Wajah Pilihan EH!