Kim Jung Hyun berdepan kecaman selepas laporan mengenai kelakuan tidak profesionalnya tersebar.
Menurut portal media, Kim Jung Hyun menerima tuduhan daripada syarikat pengurusannya sendiri, O& Entertainment sebulan sebelum kontraknya bersama agensi tersebut tamat.
Seperti yang dilaporkan oleh Dispatch, bintang Crash Landing On You itu bersikap biadab terhadap pelakon gandingan dalam drama Time, Seohyun termasuk kru produksi.
Pendedahan itu dibuat secara rahsia oleh salah seorang kru yang dikenali sebagai ‘A’ baru-baru ini. Drama tersebut ditayangkan di kaca televisyen pada 2018.
Kim Jung Hyun dikatakan telah beberapa kali berbalah dan bersikap tidak profesional terhadap pihak produksi, malah sering meminta agar skrip lakonannya diubah dan tidak dimasukkan adegan-adegan romantis yang melibatkan sentuhan fizikal.