Pandora Malaysia memperkenalkan loket charm baharu yang menceduk inspirasi daripada buah kegemaran Asia Tenggara juga dikenali sebagai King of Fruits, DURIAN.
Durian adalah ikon Asia Tenggara yang dikenali di seluruh dunia. Buah hijau yang penuh dengan duri nan tajam di luar, manakala di dalam isinya kuning keemasan. Aromanya pula semerbak menusuk deria yang menjadi kegilaan ramai. Dalam memberikan penghormatan kepada King of Fruits ini, Pandora Malaysia memperkenalkan loket charm baharu dalam yang eksklusif buat pasaran Malaysia dan Brunie Darussalam.
Seperti buah durian sebenar, loket charm ini menceduk inspirasi daripada King of Fruits ini kala ia dibuka untuk dimakan. Ia menampilkan desain buah berduri dalam perak sterling, dan isinya pula dihasilkan daripada Pandora Shine yang keemasan. Bukan itu sahaja, loket ini disempurnkan dengan sentuhan bentuk hati dalam ton emas Pandora Shine di antara duri-duri luaran. Durian terbuka ini disatukan dengan loket yang menampilkan tulisan “King of Fruits’.
Majlis pelancaran diadakan dalam suasana cukup santai. Diserikan dengan kehadiran Pengerusi Eksekutif HABIB Group, Dato’ Sri Meer Habib dan Pengarah Eksekutif HABIB Group, Datin Sri Zarida Noordin, tetamu disajikan dengan parti durian sebelum kehadiran Ramadan minggu lalu.
Buat peminat durian, loket charm baharu sempurna buat anda. Ia pasti akan mengimbau memori bersama keluarga atau rakan-rakan ketika menikmati setiap kali tibanya musim durian. Setiap loket charm dijual pada harga RM329 dan boleh didapati bermula hari ini di semua butik Pandora di seluruh negara. Jangan lupa untuk memcuci mata anda sekali dengan koleksi Hari Ibu dan juga koleksi Raya bersempena kehadiran Syawal tahun ini.
Foto: Pandora Malaysia
Baca lebih lanjut: Nasi Campur Aseana Kembali Di DOME Cafes Ramadan Ini