Hujung minggu lalu pelantun lagu No Time To Die, Billie Eilish dirakam meluangkan masa berduaan dengan pelakon Matthew Tyler Vorce di Santa Barbara, California.
Billie dan Vorce dilihat berjalan seiringan ditemani anjing kesayangan penyanyi itu, Shark sambil mereka menikmati kopi.
Mereka tampil dalam persalinan yang cukup santai. Penyanyi itu menyarung hoodie Snoop Dogg bersama seluar pendek manakala Vorce mengenakan baju sejuk oversize, jean paras betis dan topi besbol.