Selepas tiga bulan, Marilyn Manson berdepan dengan satu lagi tuduhan seksual – kali ini daripada bekas pembantunya.
Dalam tuntutan saman yang diajukan di mahkamah tinggi Los Angeles, mangsa iaitu Ashley Walters mendakwa Manson menolak tubuhnya ke atas katil sebelum mencium bibir dan menggigit telinganya ketika pertemuan pertama mereka pada Mei 2010.
Dakwaan tersebut turut menyatakan bahawa bintang rock itu ‘membuat serangan di bawah pengaruh dadah’ apabila dia melemparkan pinggan ke arah mangsa, mengugut mahu membunuh diri dan menghempas tubuh mangsa ke dinding.