Antara pelakon baharu yang wajar diberikan perhatian adalah Rita Nadira. Namanya mungkin popular dikalangan kelompok fesyen. Dia yang tinggi lampai ini pernah melewati pentas peragaan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur. Selain itu, wajahnya sering kali menjadi sambaran jenama lokal, lebih-lebih lagi tatkala masuk musim Hari Raya. Raut wajah melayu klasik, bersama makhkota rambut lurus hitam juga perwatakan yang senang membuatkan dia mudah didekati. Kini Rita mencuba nasib dalam dunia lakonan yang sebenarnya adalah impiannya sejak dahulu lagu untuk bergelar pelakon.
Rita makin lincah di televisyen sekarang, apa perkembangan projek baharu?
Perkembangan terbaru setakat ini hanya duduk rumah disebabkan pandemik covid-19. Tapi jikalau PKP akan dihentikan dan dibenarkan untuk shooting drama, Rita akan masuk semula set pengambaran untuk menghabiskan satu drama bersiri bersama Darkwave production. Selain itu, Rita baru sahaja selesai habiskan satu drama bersiri bertajuk “Ayahanda” pada bulan Mei yang lepas. Ia adalah produksi Zeel Produktion dan bakal ditayangkan di TV3 melalui slot Lestari.
Sudah menjadi peragawati dan kini bergelar pelakon pula, apa bezanya dua dunia ini?
Perbezaan antara dunia peragaan dan lakonan cara Rita mengenali orang sekeliling, cara untuk Rita membawa diri. Kalau dunia peragaan kita akan jumpa orang (client) yang berbeza setiap hari. Tetapi, dunia lakonan kita harus bekerjasama atau berjumpa dengan orang yang sama lebih dari sebulan. Kita kena build the chemistry bukan sahaja sesama pelakon malah dengan pengarah, penolong pengarah dan krew yang lain. Pada pendapat saya dunia lakonan memberi cabaran yang lebih besar kerana bila kita masuk bidang tersebut, kita akan menjadi public figure! Bukannya mudah kerana akan akan menjadi bualan orang. Orang akan sentiasa mahu melihat apa yang kita buat. Dalam masa yang sama Rita harus berjaga- jaga dengan apa sahaja yang Rita buat agar dapat menjadi contoh yang baik kepada orang yang mengikuti Rita. Juga perlu jaga nama baik keluarga.
Apa impian Rita tatkala sudah bergelar pelakon?
Palinh utama dalam impian rita adalag untuk mencuba sesuatu watak yang lebih besar dan mencabar. Juga mahu mencuba nasib berlakon dan berkerjasama dengan produksi daripada negara jiran kita, indonesia.
Sekarang ini bangkitnya hero-hero new age boys, mana satu yang Rita mahu digandingakn bersama?
Pilihan pertama Rita adalah untuk berlakon bersama Ben Amir, kerana melihat dia yang mempunyai personaliti yang berbeza jika bandingkan dengan pelakon lelaki sekarang. selain itu, Rita mahu juga digandingkan dengan Meerqeen. Walaupun usianya masih muda, Meerqeen mempunyai cara dia yang tersendiri dalam membawa satu-satu watak. cukup terasa auranya!
Fashion fantasy Rita Nadira apabila pertama kali bakal menerima anugerah dalam dunia lakonan?
Saya mahu dibaluti dengan gaun Rizman Ruzaini! Saya sudah punya chemistry dengan mereka dan cukup gemarkan hasil rekaan Rizman Ruzaini. Jenama ini cukup teliti dan sentiasa mahukan yang terbaik dengan apa sahaja yang mereka lakukan. Merek juga sudah kenal Rita, pastinya mereka akan hasilakn baju yang paling sesuai buat Rita.
Apa yang Rita rindukan dalam dunia peragaan?
Rita tidak langsung rindukan the waiting game apabila bekerja sebagai perawati. Dalam dunia lakonan juga masih ada waiting game ini!
Pautan Berkenaan: Scha Alyahya Jawab 5 Soalan Tentang Kolaborasi Bersama Bonia