“Walaupun wajah saya nampak muda, tapi saya tetap perlu menjaga kulit kerana garis halus dan kedutan tetap akan muncul,” Kata Eyka Farhana. EH! mengajukan 15 soalan tentang cantik bersama bintang Little Pretty Liars ini.
Arahan Seni/Penata Gaya: Khairul Abidin, Pembantu Penyelaras: Johan Kassim, Gambar: Edmund Lee (One3Four Studio), Solekan: Khir Khalid, Dandanan: Yusof Ruzaimi.
Boleh kongsikan rejim penjagaan kulit Eyka?
Kulit saya sebenarnya sangat sensitif. Andai kata saya sibuk dengan penggambaran dan terlalu penat, jika saya tidak cuci muka bersih-bersih sebelum tidur senang saja tumbuh jerawat. Saya juga ada masalah body acne. Apa yang saya cuba baru-baru ini, saya gunakan tea tree oil dan saya gunakan Cetaphil untuk bersihkan badan. Dalam dua minggu saya gunakan kedua-duanya, nampak jerawat badan beransur hilang.
Apa lagi yang Eyka lakukan untuk menjaga muka?
Dulu saya tak gunakan sunblock. Tapi sejak lima tahun lepas saya mula disiplinkan diri sapu sunblock setiap kali sebelum keluar rumah. Pigmentasi mungkin tak akan nampak kesannya sekarang, ia akan muncul bila dah berusia 30-an nanti. Jadi seeloknya kita sapu sunscreen dari sekarang. Sunblock kita kena re-apply selepas beberapa jam, andai kata wajah saya ada solekan sewaktu shooting, saya akan cuci mekap dan sapu sunblock dan bersolek semula. Adakalanya saya gunakan sunblock jenis semburan juga, ia boleh disembur pada wajah yang sudah siap bersolek.
Apakah fokus penjagaan kulit Eyka?
Saya tumpukan pada melembapkan kulit. Kulit saya jenis kombinasi, kalau cuaca panas ia mudah berminyak, kalau terlalu sejuk ia akan jadi sangat kering.
Eyka lakukan sebarang rawatan wajah (facial)?
Jika tidak sibuk sebulan dua kali. Tapi andai kata saya ada penggambaran luar Kuala Lumpur, saya akan bawa face mask banyak-banyak. Setiap hari akan gunakan face mask. Saya suka face mask Foreo, mudah, dalam kereta pun boleh guna.
Biasanya bila penggambaran, apa alat solek yang Eyka gunakan?
Biasanya saya gunakan BB cushion sebagai asas. Jarang gunakan foundation. Kalau ke majlis-majlis tertentu saja saya bersolek lengkap. Itu pun bergantung pada acaranya juga. Jika ke majlis ringkas cukup bersolek biasa dan saya lebih senang bersolek sendiri. Apabila ke majlis besar baru saya panggil jurusolek profesional siapkan saya.
Biasanya solekan siapa jadi rujukan?
Saya suka melihat Gigi Hadid dan Kendall Jenner. Kedua-duanya sering tampil dalam solekan yang natural. Oh saya juga suka tengok stail solekan Dua Lipa juga.
Wajah Eyka boleh dikatakan masih nampak remaja walaupun usia sudah mencecah 26 tahun. Pernah tak terfikir kelebihan ini adalah kekurangan untuk kerjaya Eyka?
Dulu-dulu ya, saya memang nak sangat nampak matang tapi sekarang saya bersyukur sebab pada usia begini masih nampak muda dari usia. Tapi saya tetap kena jaga muka kerana garis halus dan kedutan tetap akan muncul jika kulit tidak dijaga baik.
Untuk kening, lebih suka threading atau ada cara lain yang Eyka suka?
Biasanya saya akan buat threading kerana ia lebih kemas dan pantas. Tapi buat amsa sekarang disebabkan PKP, saya cabut sendiri. Kening saya jenis cepat tumbuh, dalam dua minggu saja saya dah perlu dikemaskan.
Apakah alat solek yang selalu ada dalam tas tangan Eyka?
Biasanya yang Eyka isi dalam beg tangan ialah lip tint dan BB cushion. Lip tint biasanya Eyka sapu pada bibir dan pipi.
Bagaimana pula dengan penjagaan rambut?
Saya selalu warnakan rambut. Biasanya setiap tiga bulan saya akan bertukar warna rambut kerana saya cepat bosan. Jadi bila rambut yang diwarnakan penjagaannya kena ekstra. Saya selalu gunakan pupur (mask) rambut. Jika ada masa akan ke salon lakukan treatment.
Apakah gaya rambut yang Eyka ingin cuba?
Teringin sangat nak keritingkan rambut cuma saya bimbang bab penjagaan. Takut jika tak pandai jaga hasilnya tak memuaskan. Selain itu teringin juga memotong rambut dalam gaya potongan bob. Saya tidak pernah gunting rambut sependek itu. Saya suka lihat rambut Anzalna, hitam dan lebat.
Boleh ceritakan cara Eyka menjaga badan?
Jika dari penjagaan kulit badan, saya akan sapukan Bio Oil setiap malam. Kulit saya jenis yang sangat kering. Jika saya ada beli krim muka baru, dan jika ia tak sesuai dengan muka saya, saya akan jadikan ia sebagai krim badan. Jika dari segi diet pula, saya tidak berpantang, saya makan apa saja. Saya Jenis orang yang berat badannya mudah naik dan mudah turun. Dan itu sebenarnya merungisngkan saya juga. Kerana jika terlalu kurus saya nampak tak sihat. Saya nak nampak fit.
Apa senaman yang Eyka lakukan?
Semuanya dilakukan sendiri di rumah. Biasanya plank dan berlari di kawasan basement kediaman saya.
Apakah haruman kesukaan Eyka?
Paling saya suka YSL Black Opium, sudah lebih kurang empat tahun menggunakannya. Saya juga sukakan Burberry Body. Biasanya untuk semburan harian saya gunakan Miss Dior Blooming, baunya segar dan ringan.
Siapakah ikon cantik Eyka Farhana di kalangan selebriti Malaysia?
Saya suka melihat Mimi Lana dan Amelia Henderson. Jika yang lebih senior pula saya suka lihat Nora Danish sebab dia boleh nampak cute dan nampak cantik. Jika dia pakai sweater pun dia masih boleh nampak swag, dan bila menyarung gaun formal dia boleh nampak sangat feminin.
Artikel Berkaitan: Praktikal & Stylish, Tas Tangan Pilihan Eyka Farhana