Eyka Farhana tunjukkan kami bagaimana dia menyuntik mood segar pada penggayaan tas tangan terkini Tory Burch.
Penata Gaya: Khairul Abidin, Pembantu Penyelaras: Johan kassim, Gambar: Edmund Lee, Solekan: Khir Khalid, Dandanan: Yusof Ruzaimi.
Eyka Farhana orangnya genit tapi itu bukanlah menjadi keterbatasannya dalam bergaya. Melihatkan foto-foto di akaun Instagramnya, Eyka memang bijak memilih apa yang sesuai. Walaupun lebih senang bergaya santai, namun pilihannya tidak nampak kebelakang.
Pagi hujung minggu bulan lalu kami mengajaknya ke studio untuk dia tunjukkan kami bagaimana dia menggayakan koleksi beg tangan terbaru Tory Burch yang kami sediakan di studio. Pelbagai saiz dan rekaan, setiap satunya menyuntik mood berbeza dan apa yang paling penting setiap rekaan cukup praktikal dalam penggayaan harian.
Menurut Eyka yang sedang hangat dengan siri Budak Tebing 2 di TV3, dalam bergaya dia sering merujuk atau mencuri inspirasi dari helaian yang digayakan oleh Ariana Grande dan Selena Gomez. Dia berasa dekat apabila melihat gaya kedua-duanya kerana baginya mereka punya persamaan dan saiz badan, petit.
Lagi satu menurut Eyka, dalam bergaya dia tidak terikat apda satu stail. Apa yang dipilih dan disarungnya lazimnya berpandukan pada mood. Ada hari dia mahu bergaya santai, cukup sekadar baju-t dan celana denim. Ada hari dia mahu lebih feminin jadi dia menyarung gaun dan jika mahu nampak sedikit berisi, dia memilih menggayakan baju panas dan mom’s jeans. Prinsipnya dalam bergaya biarlah apa sahaja yang dipilihnya sama ada baju atau aksesori, mestilah sepadan dengan personaliti dirinya dan paling penting membuatkan dia berasa selesa. Tonton video ‘casting’ kami bersama Eyka di bawah.
Artikel Berkaitan: “Sudah Banyak Yang Saya Terlepas,” Eyka Farhana