LILIT. menjadi jenama lokal yang semakin ligat menakluki pasaran fast-fashion. Setiap bulan ada sahaja koleksi baru dipertontonkan. Mula mengajar pasaran lokal tentang RTW. Boleh shopping di LILIT. seperti mana membeli-belah di jenana mass market kegemaran anda. Juga, kolaborasi mereka pula bukan dengan calang-calang personaliti. Pernah berkerjasama dengan Scha Alyahya sampai banyak yang sold out!. Ini penangan baru jenama ini yang mula mendominasi gerobok fesyen wanita lokal. EH! mendekati Min Luna, Pengarah Kreatif disebalik jenama LILIT.

Siapakah wanita LILIT.? Boleh kongsi persona dan fashion sense mereka?
Paling utama dia punya karakter yang sopan dan she loves fashion tetapi hanya yang selesa buat dirinya! So the term ‘beauty is pain’ tidak wujud buat wanita LILIT. kami cuba untuk lari dari stigma dunia baru ini. Mereka hadir dalam pelbagai stail yang berbeza. Mereka ini melihat ikon seperti Yuna, Leena Alghouti, Noor, Halima Aden dan juga Billie Eilish circa 2019.

Kamu punya gaya tersendiri, adakah ada injek stail Min Luna dalam setiap koleksi LILIT.?
Tengok pada sesuatu koleksi itu, kerana pokok pangkal pastinya otak saya akan meletakkan wanita LILIT. yang pertama. Semasa saya menyertai jenama ini, kami mula cuba memahami wanita disebalik label ini. Setiap koleksi, komunikasi dan butik didedikasikan kepada mereka. Tapi, saya akan selitkan my favorite perincian, siluet dan pengalaman saya sebagai penata gaya dalam setiap ceraian yang dihasilkan.
Apa key items yang perlu ada daripada jenama ini?
The Comeback set adalah koleksi item yang paling digemari dan hampir semua wanita LILIT. memilikinya. selain itu, kami ada tawarkan potongan seluar buku lali yang panjangnya menepati permintaan wanita modest. ada juga dickies dan shirt extender sebagai pelengkap stail yang memudahkan untuk gaya berlapis. Terbaru, kami lancarkan himpunan loungewear dalam material kait. ia cukup lembut, sesuai untuk cuaca Malaysia dan paling penting tidak menampakkan kulit.
Apakah misi untuk wanita LILIT.?
Mencipta ceraian yang selesa dan menghasilkannya dalam pelbagai warna! Kerana ini yang mereka mahu sarungkan setiap hari!
Bagaimana Min Luna kekal positif dalam situasi melanda global sekarang?
By not tested positive! Buat saya, cuba untuk berehat seketika, memahami kejadian yang berlaku dan menghargai setiap rahmat yang diberikan kerana saya masih mampu untuk berkarya.
Artikel Berkaitan: Praktikal & Stylish, Tas Tangan Pilihan Eyka Farhana