Bermula dengan sebuah farmasi di East Village New York pada 1851, hari ini Kiehl’s terus gah menjadi satu jenama penjagaan diri tersohor pada usia 170 tahun.
Siapa tidak mengenali Kiehl’s? Satu jenama penjagaan kulit dari New York yang cukup disukai ramai. Saya sendiri punya beberapa produk kesukaan yang sentiasa ada di rak penjagaan kulit. Beberapa kali menyertai trip bersama Kiehl’s, jenama ini terasa begitu dekat dan saya faham benar prinsip mereka dalam menghasilkan produk-produk berkualiti. Tahun ini Kiehl’s meraikan ulang tahunnya yang ke-170, ya usia Kiehl’s menghampiri dua abad dan jika sudah selama itu usianya, pastinya kerana mereka berdiri atas kualiti produk mereka sendiri.
Sempena meraikan ulang tahun Keihl’s yang mencecah 17 dekad ini, EH! bariskan lima produk Kiehl’s yang mesti anda cuba. Istimewanya produk saranan kami ini turut diraikan oleh Kiehl’s sendiri bila mana mereka hadirkan ia dalam bungkusan eksklusif. Istimewa untuk Kiehl’s, HAPPY ANNIVERSARY!