Rare Beauty, jenama kecantikan yang diasaskan oleh Selena Gomez bakal dilancarkan di Sephora bermula 15 Julai ini.
Rare Beauty diasaskan dengan misi utama mahu setiap individu menghargai diri Sendiri, mahu sesiapa yang menggunakan rangkaian produknya merasa gembira dan meraikan keunikan yang dimiliki. Menurut Selena Gomez, dia sudah jatuh cinta kepada dunia kecantikan sejak dia mula menceburi bidang seni. “Saat pertama kali saya duduk di kerusi solek, saya sudah punya minat kepada dunia kecantikan. Produk ini bukan untuk merubah anda menjadi orang lain tapi menjadi diri Sendiri, tidak kira anda bersolek tebal atau tipis, semuanya tentang menjadi diri sendiri,” kata Selena.
Rare Beauty mula diperkenalkan pada bulan September tahun lalu dan menawarkan 14 kategori produk dengan lebih 100 produk. Rare Beauty cukup teliti dalam pemilihan formula yang digunakan dalam setiap produk yang dihasilkan, misi mereka mahu setiap produk membuat pemakai berasa selesa dan apa yang disapu pada wajah terasa ringan. Tekan butan ‘NEXT’ untuk mendekati lima produk pilihan EH!