UNIQLO melancarkan Hana Tajima dedikasi musim luruh/dingin 2021, koleksi persalinan dan aksesori yang dikhusus disajikan untuk penggemar busana muslimah, termasuk rangkaian hijab yang tentunya dapat menjadi pilihan bergaya.
Koleksi LifeWear yang unik ini adalah undangan tetap UNIQLO serta terkenal sebagai pereka fesyen dan ikon fesyen yang berpusat di New York. Identiti Hana Tajima mencerminkan kepelbagaian budaya dari perspektif global, dengan reka bentuk yang selesa dan elegan yang disesuaikan secara fleksibel pada bentuk badan yang berbeza-beza. Busana pilihan seperti gaun panjang, dress maxi, helaian atasan hingga helaian bawahan berupa seluar panjang dalam pelbagai motif dan warna.
Tema khas untuk musim ini adalah “An Environment for the Body”, menawarkan rekaan bersiluet yang nyaman, lembut dan tekstil lembut yang dapat menciptakan reka bentuk helaian yang elegan.
Tidak terhad buat para muslimah, melihat pada keseluruhan koleksi, ia sebenarnya dapat digayakan oleh sesiapa pun. Merangkumi semua jenis wanita yang pelbagai identiti. Satu koleksi unggul yang tak hanya dapat digunakan oleh wanita moden yang gemar berbusana sopan, namun juga pada wanita yang menginginkan busana nyaman dalam citra gaya kontemporari.
Bercerita mengenai koleksi terbarunya untuk UNIQLO, Hana Tajima berkata, “Saya sangat tertarik dengan idea pakaian yang mengutamakan perihal bentuk supaya pabila memakainya kita dapat merasa ‘nikmat’ itu. Saya memberi tumpuan pada pemilihan fabrik yang terjamin keselesaannya. Bergerak lancar di atas badan. Ini adalah koleksi untuk dipakai dalam sehari-harian, dan disitulah ia bersilang dengan falsafah LifeWear UNIQLO. Saya mahu HANA TAJIMA FOR UNIQLO menyediakan persekitaran positif bagi tubuh dan semangat pemakainya.”
Tentunya koleksi ‘modest wear’ dari UNIQLO terbaru menjadi pilihan segar bagi para wanita dunia yang mengutamakan kualiti serta efek kenyamanan.
#UNIQLO
Artikel berkaitan: BAPE® X Coach, Menggemilangkan Trend ‘LOGOMANIA’