Coach mempersembahkan koleksi Camo Print dengan siri kempen yang dibintangi oleh Michael B. Jordan, Jeremy Lin, Debbie Harry dan Lolo Zouai. Dan dirakam dan diarahkan oleh Bladi Corniel.
Untuk musim luruh tahun ini, Coach masih tetap mempertahankan DNA nya. Ragam busana feminin dengan sentuhan street wear dan permainan material hingga corak masih ditawarkan. Memperkenalkan semula cetakan camo, kini dengan kemasan rona neon, koleksi bersifat uniseks merangkumi beg, kemeja T, kasut, jogger dan hoodie.
Mula diperkenalkan pada tahun 2015, cetakan untuk musim ini merupakan imaginasi semula camo klasik dengan suntikan gaya lukisan ‘drip’, menyemati energi dan identiti New York, tempat asal jenama Coach.
Namun, kali ini ada kesan ‘rebel’ dengan sentuhan era ‘90-an. Terlihat pada helaian atas bergaris rancang feminin dengan material kesukanan yang dipadukan dengan celana pendek atau panjang. Kombinasi motif camo tampak sempurna berpadu jaket, misalnya jaket varsity yang jadi kegemaran dari jenama ini. Cool!