Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown mengadakan ‘3 Graces Art Showcase’ yang meraikan semangat patriotik melalui warna, kreativiti dan kebudayaan sepanjang September ini.
Sejak 1963, rakyat pelbagai kaum dan agama dari Perlis sehingga ke Sabah akan menyambut Hari Malaysia yang diraikan setiap 16 September saban tahun. Bersempena dengan sambutan hari penuh sejarah ini, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown mengadakan pameran seni ‘3 Graces Art Showcase’ yang meraikan semangat patriotik melalui warna, kreativiti dan kebudayaan.
Diadakan sepanjang bulan September, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown turut sama akan mengajurkan pelbagai acara seperti promosi gastronomi, aktiviti serta pemeran seni istimewa. ‘3 Graces Art Showcase’ akan menampilkan tiga karya kreatif daripada tiga artis seni kebangsaan iaitu Alice Chang, Janet Lee, and Dato Luciano Mirri.
The 3 Graces of Malaysia oleh Alice Chang Oi Lai
Life-sized Art Sculpture
Lai Lai Art
Siti, Ah Lian dan Shanti mewakili wanita tempatan dalam menterjemahkan harmoni, Bersatu dan kepelbagaian kaum yang menjadikan Malaysia sebuah negeri yang mengagumkan. Wanita bukan sahaja ibu kepada negara, bahkan dunia; The 3 Graces of Malaysia memaparkan tunjang kekuatan, cinta dan harapan, yang akan diwarisi generasi seterusnya. Warna ungu digunakan pada arca meraikan warna kepelbagaian bangsa. Tali yang mengikat Siti, Ah Lian dan Shanti pula menekankan kepentingan untuk bersatu dan bekerjasama untuk Malaysia yang lebih baik.
Hand-painted Canvas Art oleh Janet Lee
Artist Janet Lee Gallery
Janet Lee dilahirkan dengan epilepsi. Dia mengalami episod pertama epilepsy ketika berusia lapan bulan dan seterusnya didiagnos sebagai ketidakmampuan intelektual dan pembesaran yang lambat. Dia sukar untuk berbicara dan sering mengalami serangan epilepsi. Lebih malang epilepsinya tidak boleh dikawal menggunakan perubatan dan boleh berlaku pada bila-bila masa. Tetapi ia tidak sesekali melemahkan semangatnya. Dia menggunakan seni lukisan sebagai peluang untuk mengekspresikan dirinya. Dia peka pada warna dan paten, yang jelas pada setiap karya yang dihasilkan. Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dia menunjukkan rasa cinta pada Malaysia melalui siri Bunga Raya, yang diinspirasikan daripada bunga kebangsaan.
Hand-painted Canvas Art oleh Dato Luciano Mirri
Mirri Art & Design
Sebagai seorang pelukis dan juga arkitek, Dato Luciano sering menggunakan elemen geometri pada karya seninya. Bahasa personalnya menggunakan stail puitis yang melantangkan kerya yang artisitik dan intelektual. Ia memberikan persepsi daripada aspek sebenar, dengan memindahkan komposisi kaligrafi kepada dimensi yang simbolik. Beliau meminjamkan idea ‘order’ daripada arkitek hebar, Louis Khan dalam kebanyakan teori klasik, dan nilai artistik berdasarkan ekspresi estetik.
Foto: Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown
Baca lebih lanjut: 7 Fakta Mengejutkan Mengenai Pelakon Money Heist (La Casa de Papel)