Bersempena dengan festival makanan Gourmet South Australia, Datuk Dr. Chef Wan berkongsi resipi istimewa Penne Puttanesca with Pan-Seared Southern Australian Bluefin Tuna yang menggunakan bahan-bahan terbaik dari South Australia yang boleh didapati di Isetan dan AEON.
Walaupun sempadan negara masih lagi ditutup, ia tidak bermakna anda tidak boleh meneruskan kembara gastoromi ke negara lain. Gourmet South Australia akan menerbangkan produk makanan terbaik terus dari South Australia ke Malaysia. Festival makanan yang dianjurkan oleh Kerajaan South Australia dan Kedutaan Besar Australia di Malaysia ini akan berlangsung dari 23 September sehingga 5 Oktober di Isetan KLCC dan Isetan Lot 10. Juga akan diadakan di AEON One Utama, AEON Bukit Tinggi dan AEON Queensbay Mall pada 23 September sehingga 6 Oktober 2021.
Bersempena dengan pelancaran Gourmet South Australia, selebriti cef popular negara Datuk Dr. Chef Wan telah berkongsi satu resipi istimewa Penne Puttanesca with Pan-Seared Southern Australian Bluefin Tuna yang menggunakan bahan-bahan terbaik dari South Australia.
Penne Puttanesca with Pan-Seared Southern Australian Bluefin Tuna
Bahan-Bahan
150 gm Dinko Tuna
500 gm Lucia’s Fine Foods Premium Passata Sauce
300 gm Penne Pasta, direbus
6 ulas bawang putih, dipotong
1⁄2 lada Benggala merah, dipotong dadu
1⁄2 lada Benggala hijau, dipotong dadu
1⁄2 lada Benggala kuning, dipotong dadu
1 biji terung, dipotong dadu
1 sudu kecil Buzz Honey Blue Gum Adelaide Hills Honey
1 sudu besar Capers
20 gm buah zaitun, dipotong dua
2 keping Anchovies, dipotong
Satu genggam Thai Basil
1 cawan air
2 sudu besar minyak zaitun
Garam dan lada hitam, secukup rasa
Cara Penyediaan
1. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun dengan suhu sederhana. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan lada Benggala merah, hijau dan kuning, dan terung. Masak selama 2 – 3 minit.
2. Kemudian, masukkan capers dan anchovies, dan masak untuk 2 minit lagi. Tambah Lucia’s Fine Foods Premium Passata Sauce, air dan Buzz Honey Blue Gum Adelaide Hills. Reneh selama 20 minit sehingga sos menjadi pekat.
3. Kemudian, tambah pasta penne yang sudah direbus bersama Thai Basil dan gaulkan sebati.
4. Dalam kuali lain, panaskan minyak zaitun dan masak Dinko Tuna (perasakan dengan garam dan lada hitam), 2 minit pada setiap belah ikan. Apabila selesai, hiriskan tuna dan hidangakan di atas penne puttanesca.
5. Selamat menjamu selera!
Festival makanan Gourmet South Australia akan diadakan dari 23 September sehingga 5 Oktober di Isetan KLCC dan Isetan Lot 10. Juga akan diadakan di AEON One Utama, AEON Bukit Tinggi dan AEON Queensbay Mall pada 23 September sehingga 6 Oktober 2021.
Produk terbaik dari South Australia ini juga boleh didapati secara atas talian di AEON dan juga Isetan.
Foto: Gourmet South Australia
Baca lebih lanjut: 7 Cita Rasa Baharu Yang Perlu Cuba Di DÔME Café