Tiga tahun berumah tangga, ahli kumpulan K-Pop BigBang, Taeyang dan pelakon, Min Hyo Rin dikhabarkan bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.
Berita gembira itu diumumkan oleh agensi pengurusan Hyo Rin dua hari lalu.
“Ya benar, Min Hyo Rin kini sedang berbadan dua. Dia sedang menanti kehadiran anak pertama dengan rasa teruja,” menurut satu kenyataan.