Cristiano Ronaldo dikhabarkan tidak sabar menanti saat apabila Georgina Rodriguez sah menjadi isterinya.
Menerusi dokumentari I Am Georgina terbitan Netflix, Ronaldo meluahkan rasa cinta terhadap teman wanitanya selama lima tahun dan memberi petunjuk bahawa perkahwinan mereka pasti akan berlangsung, malah mungkin lebih awal daripada jangkaan peminat.
“Saya sentiasa memberitahu Georgina bahawa kami serasi dalam segala hal, dan dia tahu apa yang saya maksudkan.
“Perkahwinan kami mungkin akan berlangsung dalam tempoh setahun, atau enam bulan, atau sebulan lagi. Saya 1,000% yakin ia akan berlaku,” jelasnya.