Beberapa bulan lalu timbul spekulasi yang mengatakan Rihanna sedang berbadan dua, namun berita itu dinafikan oleh tuan empunya badan.
Kini Rihanna sendiri mendedahkan kehamilannya kepada umum dengan menayang perutnya yang besar ketika berjalan di sekitar New York bersama teman lelaki, A$AP Rocky.
Penyanyi berusia 34 tahun itu dilihat bangga mempamerkan baby bump dengan membuka butang kot Chanel miliknya dalam cuaca sejuk dan bersalji untuk dirakam jurugambar.