Permata negara, Farah Ann memberi kejutan apabila mendedahkan hasrat untuk berundur dari sukan gimnastik.
Perkhabaran mengenai keinginan Farah menjadi perbualan hangat semalam setelah ketua jurulatih artistik wanita negara, Ng Shu Wai mengesahkan dia tidak lagi berlatih bersama skuad kebangsaan sejak dua minggu lalu.
Malah Shu Wai tidak menolak kemungkinan bahawa atlet muda itu akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat memandangkan dia pernah meluahkan keinginan itu selepas menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lalu.