Sejak Kim Kardashian menfailkan perceraian pada Februari tahun lalu, emosi Kanye West dilihat tidak menentu.
Ia menjadi semakin parah setelah status Kanye dan Kim sebagai suami isteri terlerai dua minggu lalu yang memberi ‘lampu hijau’ kepada bekas isterinya untuk meneruskan percintaan secara terbuka dengan Pete Davidson.
Sejak beberapa bulan lalu, Kanye dilihat menggunakan media sosial terutama Instagram untuk membuat serangan peribadi tanpa henti terhadap pasangan itu.
Terbaharu, dia memuat naik satu hantaran bersifat perkauman yang ditujukan kepada pelawak dan pengacara The Daily Show, Trevor Noah kerana berpihak kepada bekas isterinya.