Tanya soalan ini hari ini – “Adakah anda sering check out diri dan senyuman ketika sedang meeting di Zoom atau Gmeet ? You are not the only one!
Bila kedatangan wabak Covid-19 dan bermesyurarat secara online sebenarnya memberi peningkatan terhadap kesedaran diri apabila kita sering memerhatikan ekspresi dan tindak balas diri dan teman sepejabat dengan teliti pada skrin. Ini juga telah membawa kepada krisis keyakinan kerana kaji selidik mendapati 35% pekerja mengatakan bahawa mereka berasa kurang menarik apabila melakukan perbincangan secara maya. Kesan terhadap keyakinan kita ini membimbangkan kerana ia menjejaskan harga diri kita dan menjadikan kita kurang bermotivasi.
Dengan bekerja dari rumah masih digalakkan di Malaysia, panggilan video menjadi satu norma baru dalam melunaskan tugasan dan ini tidak akan dapat dihindari. Dengan itu, kita perlu mengambil langkah aktif untuk membina keyakinan dan anda memerlukan senyuman untuk memulakan misi ini!
Maka tidak hairanlah ramai yang beralih kepada rawatan ortodontik estetik untuk mencapai senyuman yang sihat dengan kesihatan mulut yang baik. Walaupun pendakap jernih dan clear aligners kini menjadi perintis pergigian estetik, namun yang membimbangkan apabila ia selalunya datang dengan harga yang tinggi.