SK-II NEW1 GenOptics Under Eye Circle, belaian mata dengan bebola seramik yang akan menenangkan mata dan melancarkan peredaran darah.
Pada usia yang bakal menjengah 40 tahun dalam masa kurang setahun ini, saya sangat-sangat mengutamakan penjagaan mata. Mengapa? Kerana saya sedar di situlah tanda-tanda awal penuaan akan muncul. Saya sudah perasan dua tahun kebelakangan ini kulit kawasan mata tidak seanjal dulu, dan lebih terserlah bila saya tersenyum apatah lagi jika ketawa. Saya bersahabat baik dengan krim atau serum mata sejak dulu lagi. Saya fikir jika saya tidak menjaganya dengan baik dari dulu, mungkin kesan penuaan ini lebih jelas dan muncul lebih awal. Saya sudah mencuba banyak produk kecantikan untuk mata, dan yang terbaru adalah serum terkini dari SK-II.
SK-II NEW1 GenOptics Under Eye Circle
Jenama kecantikan dari negara matahari terbit ini memperkenalkan NEW1 GenOptics Under Eye Circle, yang merupakan serum mata yang diciptad an dimajukan untuk wanita muda hari ini. Hasil kajian SK-II, mereka mendapati antara isu yang sering diberi perhatian oleh wanita hari ini ialah pigmentasi, kawasan mata yang kelihatan kusam kesan kekeringan dan pencemaran dan juga kurangnya peredaran darah di kawasan tersebut akibat tekanan harian.
Serum yang diperkenalkan ini mengandungi formula ikonik SK-II sendiri, yakni Pitera berserta teknologi GenOptics Aura, item ini mengurangkan kesan kusam area mata dengan mencerah, memuluskan kulit kawasan mata dan juga menganjalkannya. Teknologi GenOptics Aura mengandungi niacinamide dan ekstrak bunga lotus yang berkesan untuk mencerahkan kulit. Item ini juga mengandungi LA-Bright yang menyediakan pengelupasan lembut kawasan mata.
Serum ini hadir dengan bebola seramik sebagai aplikator yang boleh digunakan untuk mengurut area mata. Golekkan bebola seramik ini untuk menenangkan mata, melancarkan peredaran darah dan menaikkan aura kawasan mata. Harganya RM670 dan boleh dapatkan di SINI!
Baca: Mina Twice Bintangi Kempen Baharu SK-II, PITERA and Me