Real, tanpa skrip dan telus, Just Pitera and Me, kempen baharu SK-II menampilkan bintang baharunya, Mina dari kumpulan popular Korea, TWICE.
SK-II bukan sahaja mengekalkan kemudaan wajah, mereka juga mahu memudakan jenamanya. Jadi tidak hairanlah apabila mereka mengembangkan penjenamaan dengan menampilkan bintang gen-Z sebagai duta global mereka dan yang terkini adalah Mina anggota kumpulan pop Korea, TWICE.
Menariknya menerusi kempen ‘Just Pitera and Me’, videonya dirakam dan diolah sendiri oleh Mina, lantas menjadikan video kempen ini tampak bersahaja dan sangat natural. Video ini dirakamkan di sebuah rumah percutian selama 24 jam yang Mina berkongsi aktiviti seharinya termasuklah rejim penjagaan kulitnya yang menggunakan produk ikonik SK-II Pitera Essence.
“Sasaran saya tahun ini adalah untuk luangkan lebih banyak masa untuk menjaga diri dan lakukan aktiviti yang menyeronokan setiap hari. Saya sangat sibuk sejak melangkah ke dunia hiburan dan rasanya sudah tiba masa untuk saya mencari diri saya kembali termasuklah dalam penjagaan kulit. Dengan Pitera Essence, saya mahu memulakan rejim penjagaan kulit yang baharu,” kongsinya.
Pitera Essence yang diperkenalkan berpuluh tahun dahulu merupakan antara produk kecantikan yang sudah menerima pelbagai pengiktirafan dan mempunyai jutaan pengguna setia dari serata dunia. Dilabelkan sebagai ‘miracle water’ di Asia, esen ini dipercayai bagus untuk mencipta kulit yang jernih, atau yang sering disebut sebagai crystal clear skin.
Baca: Caudalie Perkenal Vinergetic C+, Rangkaian Gender Neuteral Pertamanya