Lancôme mahu anda meraikan kehadiran Aidilfitri tahun ini dengan tiga bintang ikoniknya, buat penampilan lebih bersinar dan ceria lebaran nanti.
Helaian yang cantik tidak memadai, bagi saya penampilan seharusnya diseiringkan dengan kulit yang cantik berseri-seri, barulah penampilan nampak sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki. Solekan yang sempurna pula akan lebih mudah direalisasikan dengan kanvas wajah yang tersedia sempurna. Makin cantik kulit kita makin sedikit solekan yang kita perlukan.
EH! bariskan tiga produk Lancôme yang menjadi kegemaran ramai, dari membelai kulit hinggalah yang mengharumkan tubuh.
Memperkasakan Pertahanan Kulit Dengan Lancôme Advanced Génifique Serum
Kunci utama dalam menjaga kulit adalah konsistensi. Gunalah sebanyak mana produk tetapi andai tidak digunakan secara berterusan, agak sukar untuk kita lihat dan nikmati hasilnya. Bukan sahaja konsisten, produk yang digunakan juga perlulah bagus dan sesuai dengan kulit. Tambah pula dengan bulan Ramadan, penjagaan kulit perlu dilebihkan terutamanya soal penghidratan.
Saya akui saya antara salah seorang dari jutaan pengguna Lancôme Advanced Génifique Serum, dan saya sangat menyenangi serum yang mengambil masa selama 17 tahun untuk dihasilkan. Advanced Génifique Serum dilancarkan pada tahun 2009, dan sehingga kini sudah 35 juta botol terjual. Ia menjadi pilihan ramai wanita termasuklah selebriti ternama seluruh dunia.
Apa yang membuatkan serum ini menjadi kesayangan ramai? Rahsianya pada formula yang dicipta untuk memperkasakan lapisan pertahanan kulit (skin barrier). Banyak masalah kulit berpunca dari lemahnya lapisan pertahanan kulit, misalnya masalah penuaan awal.
Menerusi Advanced Génifique Serum, Lancôme memberi fokus kepada memperkasakan microbiome kerana itu adalah kunci utama kepada lapisan pertahanan kulit yang kuat. Pertambahan usia serta keadaaan sekeliling yang penuh dengan pencemaran termasuk sinar UV akan melemahkan lapisan pertahanan kulit lantas membuatkan tanda penuaan menonjol ketara.
Lapisan pertahanan kulit ada empat dan microbiome adalah yang paling atas sekali, dan oleh kerana itulah ia menjadi fokus utama dalam penjagaan dan pelindungan kulit. Microbiome yang kuat sekaligus akan menguatkan pertahanan kulit fizikal, berfungsi untuk merawat dan menyokong lapisan kulit. Bila microbiome diperkasakan maka lebih bagus untuknya melindungi kulit daripada pencemaran, bahan kimia, toksik dan sinar UV. Ia juga membantu menyeimbangkan paras pH kulit.
Lancome Advanced Génifique dimewahkan dengan empat probiotic factions, tiga prebiotics dan dimantapkan bersama asid hyaluronic dan vitamin CG. Perubahan kulit dapat dilihat seawal tujuh hari. Penggunaan sebotol kulit 52 peratus lebih berseri dan kedutan berkurang 46 peratus.
Cara menggunakannya mudah, sapukan serum pada wajah yang sudah dibersihkan dan disegarkan dengan sapuan losen atau penyegar (toner). Gunakan serum ini sebelum anda menyapu pelembap. Gunakan dua kali sehari.
Clarifique Dual Essence, Esen Sempurna Untuk Kulit Bercahaya
Awal tahun ini saya diberikan Lancôme sebotol Clarifique Dual Essence, kelalang yang diisi dengan cecair jernih. Menurut Lancôme mereka melakukan kajian selama tiga dekad untuk menghasilkan produk ini. Mereka memanipulasi sains enzim yang mana dalam sejarah biologi enzim membantu untuk memperbaharui sel kulit yang telah mati, menggalakkan pertumbuhan sel kulit serta menghidrat. Ia juga mengandungi ‘Organic French Beech Bud’, yang mana Lancôme memilih mutiara untuk memperkasakan manfaat produk ini dalam mencipta kulit yang bebas cela.
Enzim adalah penggerak kepada biologi, yang akan mempercepatkan tindak balas kimia bio serta menyediakan cara alternatif tanpa memerlukan banyak tenaga. Keupayaan enzim bertindak adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti suhu, paras pH, dan pati enzim.
Enzim membantu pembaharuan epidermal (lapisan kulit) sebagai pelindung kepada epidermis (lapisan bawah kulit) agar lebih kuat dan punya daya tahan yang tinggi. Enzim juga menyokong transformasi faktor semula jadi kelembapan kulit. Dengan ini kulit akan lebih berseri, anjal dan tampak lebih sihat.
Enzim juga bertindak untuk menyingkirkan corneocytes atau sel mati, dan hasilnya kulit akan lebih mulus, refleksinya lebih bercahaya malah ton kulit juga lebih sekata dan jernih. Enzim juga punya manfaat untuk mengurangkan pigmentasi.
Goncangkan botol dalam tiga saat supaya kesemua bahan teradun mesra dan rata. Kemudian titiskan esen ini pada tapak tangan dan sapu rata pada keseluruhan kulit. Jangan lupa bahagian leher.
Semerbak La Vie Est Belle
Masakan lengkap penampilan Aidilfitri tanpa semburan minyak wangi. Bagi saya haruman sama seperti pakaian, ia membaluti tubuh agar aroma tubuh segar dan menyenangkan sepanjang hari. La Vie Est Belle, haruman ikonik Lancôme yang menjadi pujaan ramai termasuklah bintang Hollywood, Julia Roberts. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa haruman ini dihasilkan menggunakan 63 bahan.
Ada banyak faktor yang membuatkan minyak wangi‘merah jambu’ ini sangat ikonik. Ia terinspirasi daripada intipati haruman ikonik sepanjang zaman, dari penggunaan kuntuman bunga putih yang sangat popular di dalam haruman era 80-an seperti Poison dan kesegaran aroma CK One di era 90-an. Ia juga mengandungi ‘Vethol’ yakni bahan ini dicipta pada tahun 1969 dan banyak digunakan dalam penghasilan makanan. Haruman ini juga menghimpunkan 50 peratus bahan semula jadi dari kuntuman iris, bunga melati, orangbe blossom dan esen patchouli. Kehadiran coumarine, ethylvanillin dan veltol membuatkan haruman ini mengharum lebih lama. La Vie Est Belle hadir dalam empat isian, 30ml, 50ml, 75ml dan 100ml.
Anda boleh dapatkan tiga item ikonik ini di butik kecantikan Lancôme mahupun secara dalam talian di SINI!