Ikonik, seksi dan chic! tiga perkataan itu sudah cukup merangkumkan pesona yang dimiliki pada sebatang gincu Dior Addict.
“Dalam banyak-banyak item solekan, saya rasa ginculah yang paling penting. Gincu yang menghidupkan wajah kita. Ia item yang sentiasa ada di dalam tas tangan saya,” kongsi Daiyan Trisha sewaktu berlangsungnya Dior Beauty Live bulan lalu.
Ya, gincu besar peranannya dalam bersolek, tiada gincu, tiada seri. Tidak kira apa sahaja warna atau kemasan kesukaan anda, peranan gincu tidak boleh dinafikan. Oleh kerana itu jugalah banyak jenama sentiasa memperbaharui formula gincu mereka, biar musim bersilih ganti, rak-rak butik kecantikan akan terus dihiasi dengan pilihan gincu menarik.
Dior misalnya tidak pernah sunyi dari menyajikan koleksi gincu dengan formula terkini demi memenuhi kehendak penggemarnya. Dari Rouge Dior hinggalah yang terkini, Dior Addict yang diperhebatkan formulanya. Dior Addict antara koleksi gincu ikonik di Dior sejak dulu lagi. Imejnya fun dan chic, malah saya membesar dengan melihat kempen-kempen gincu Dior Addict. Imej kempennya sering saja menambat perhatian. Bagi saya Dior Addict ini sebuah himpunan gincu yang seksi, sama seperti namanya.
PENANGAN DIOR ADDICT
Dior Addict yang baharu ini dicipta menggunakan 90 peratus bahan asli dan tampil dalam bekas cukup istimewa dengan sentuhan couture. Tambah istimewa kini anda boleh mempelbagaikan bekas dan warnanya, menyuai padan warna Dior Addict kesukaan (isian semula) dengan bekas yang berbeza. Kali ini Dior berikan tiga pilihan iaitu bekas metalik perak, kemasan cannage dalam kelongsong gincu merah samar atau balutan denim dalam ton indigo.
Formula yang baharu ini menggunakan lilin bunga melati yang dimewahkan dengan bahan pelembap menjadikan gincu ini punya kemampuan untuk melembapkan bibir 24 jam. Bagi anda yang gemarkan efek vinyl (berkilat), inilah barisan gincu yang seiring dengan kehendak anda.
Koleksi Dior Addict sudah pun berada di butik kecantikan Dior dan juga boleh dibeli secara dalam talian di SINI!
Baca: Dior Forever, Bedak Asas Yang Akan Terus Dioles dan Diraikan