Sempurnakan penampilan anggun bergaya Hari Raya ini dengan haruman yang akan menyegarkan aroma tubuh dari pagi hingga ke malam. Ini lima yang terbaru menjadi pilihan EH!
Gucci Bloom Eau de Toilette.
Saya menyembur haruman baharu ini, apa yang boleh saya simpulkan ramai wanita akan menyukai aromanya. Mungkin ada berpendapat baunya agak kuat pada awal semburan, namun baunya beransur lembut selepas beberapa ketika dan kekal lama.
Gucci menambah satu lagi ‘generasi’ dalam rangkaian Gucci Bloom dan kali ini menyuntik elemen sitrus hijau dalam ritma lebih manis bersama esen neroli. Kekal ada pastinya kuntuman bunga-bunga putih yang sememangnya sudah menjadi DNA kepada Gucci Bloom. Janji setia Gucci Bloom pastinya terpatri pada bunga-bunga ikoniknya, dari bunga melati, tuberose hinggalah rangoon creeper.
Kempen haruman ini tampil misteri dengan kemunculan figura ikonik seperti Anjelica Huston, penyanyi Florence Welch, aktor Jodie Turner-Smith, dan pereka Susie Cave. Kempennya pula muncul sempurna di bawah tampuk arahan Floria Sigismondi.
RM456 (100ml) dan RM335 (50ml).