Sebagai penggemar solekan dan dandanan, enam looks di MET Gala ini seharusnya dihuraikan perinciannya, kerana jika tiada solekan dan dandanan, helaian couture yang membaluti tubuh akan sekadar menjadi ‘baju’.
IRIS LAW
Saya obses dengan look ini, semuanya serba kena (mungkin juga kerana saya sedang obses dengan kerja-kerja Sam Visser, I could be bias), solekan dan dandanannya semua tepat. Sam Visser menggunakan rangkaian Dior untuk menyiapkan solekan ini. Pilihan warna untuk mata dan gincu bibir buat Iris law kena, dan tidak bosan. Matanya diserakkan dengan ton kelabu dan biru langit, bibirnya pula bercalit ton pic gelap (sedikit coklat). Kening Iris juga dirapi kemas, gaya feather brow yang tidak berlebih-lebih. Dandanan sleek Iris disempurnakan oleh Dylan Chavles.