KIM KARDASHIAN
Tidak lengkap senarai ini andainya tidak menyelitkan Kim Kardashian. Dia yang disolek oleh jurusolek kegemarannya, Mario (dia menggunakan rangkaian Augustinus Bader bercampur aduk dengan rangkaian alat solek jenamanya sendiri) tampil dalam solekan yang banyak bermain dengan bronzer. Mario memang terkenal dengan teknik dan skil kontur dan dia terus memanipulasi kehebatannya itu untuk riasan ini. Satu yang paling saya suka dengan penampilan Kim di MET Gala tahun ini ialah dia tampil dengan gaya sleek, walaupun melunturkan warna rambutnya dia tidak sibuk mahu menayangkannya. Di situlah letaknya kelas, yang baharu dan cantik ditayang secara ‘halus’. Jika dia melepaskan rambutnya seperti gaya asal Marilyn Monroe sewaktu menggayakan gaun sarat kristal ini, penampilannya pasti tidak ‘NOW’. Rambutnya didandan oleh Chris Appleton.