Barbie menjadi antara filem yang ditunggu-tunggu peminat sejak berita penerbitannya diumumkan tiga tahun lalu.
Penampilan Margot Robbie sebagai Barbie yang didedahkan bulan lalu berjaya mencuri perhatian, dan kini netizen teruja melihat foto pertama Ryan Gosling sebagai Ken.
Warner Bros. berkongsi foto itu bersama peminat di media sosial dua hari lalu yang menyaksikan Ryan menggayakan rambut perang dan menyarung seluar serta jaket denim stail 80-an.
Ia dengan pantas meraih pujian netizen yang terpesona dengan penampilan aktor itu seterusnya menggelarnya sebagai pilihan tepat untuk menggalas peranan tersebut.