Penyanyi pop Britain, Harry Styles memanjangkan pengaruh gayanya menerusi Gucci HA HA HA, koleksi fesyen kolaborasinya bersama Gucci.
‘As It Was’, lagu lantunan Harry Styles pantas menduduki carta muzik seluruh dunia dari saat hari pertama dilancarkan. Album ketiganya ‘Harry’s House’ pula didengar secara maya berulang-ulang, meletakkan albumnya Harry Styles itu antara album paling tinggi catatan streaming di dunia tahun ini.
DREAM WARDROBE
Dan bekas anggota One Direction itu tidak mahu hanya berkarya menerusi ilham muziknya semata, malah dia dan rumah fesyen Itali, Gucci membawa khabar berita apabila keduanya bergabung ilham untuk menghasilkan satu koleksi istimewa dan dinamakan sebagai Gucci HA HA HA. Yes you red it right, Gucci HA HA HA namanya. ‘HA’ adalah merujuk kepada huruf sulung nama Harry dan Alessandro.
Menurutnya Alessandro, idea untuk berkolaborasi ini muncul sewaktu mereka berdua berborak-borak di telefon. Saya menyuarakan cadangan kepadanya untuk satu koleksi yang kami namakan ‘dream wardrobe’.
Himpunan ini adalah satu karya dua individu, menterjemah sinergi dua sahabat iaitu pengarah kreatif Gucci sendiri, Alessandro Michele dan Harry sendiri. Persamaan dan perbezaan perspektif Alessandro dan Harry ditemukan pada satu titik tengah, lantas tehasillah Gucci HA HA HA yang hadir dengan helaian berona terang dan gelap ini menemukan estetika fesyen hippies dan retro Gucci dalam gaya yang lebih ‘mudah pakai’, cetakannya juga agak comel dengan corak haiwan di sesetengah helaian. Koleksi ini juga didatangi dengan ilham gaya preppy retro dengan rekaan blazer, celana potongan lebar di hujung juga aksesori seperti beg tangan Bamboo dan kasut but dengan perincian ringkas. Alessandro dan Harry mahu membawa elemen elegan ke dalam himpunan lelaki namun dalam gaya yang lebih sofistikated.
“Harry miliki cita rasa fesyen yang sangat menarik. Melihatkan bagaimana dia menyuai padan pakaian lari dari kebiasaan dan dalam stailnya yang tersendiri memerlukan satu cita rasa fesyen berbeza. Walaupun selalunya dia memakai apa yang saya reka tetapi cara dia memilih setiap helaian dan menyuai padankannya itu yang membuatkan satu-satu gaya itu menjadi gayanya sendiri,” kongsi Alessandro.
Secara keseluruhannya koleksi Gucci HA HA HA ini menemukan kesaksamaan antara Alesaandro dan Harry yang mana kedua-duanya saya fikir sangat dekat dengan stail era 1970-an dan stail bohemian. Mungkin sedikit retro inspirasinya namun keduanya mahu anda menyuai padan dan bermain dengan ilham fesyen sendiri, sama seperti yang selalu Harry lakukan.
Baca: Gucci Blondie, Tas Tangan Kegilaan Fesyenista Masa Kini