Tanggal 28 Ogos memahat sejarah buat Lisa Blackpink apabila memenangi anugerah pertamanya di MTV Video Music Awards (VMA) 2022.
Lisa mencatat kejayaan besar dengan membawa pulang Anugerah K-Pop Terbaik untuk lagi solo pertamanya berjudul Lalisa yang dilancarkan pada September tahun lalu.
Kemenangan ini menjadikan Lisa sebagai bintang K-Pop solo wanita dan penyanyi solo Korea pertama secara keseluruhan yang memenangi VMA.
Selain Lalisa, kategori K-Pop Terbaik dibarisi oleh lagu popular terkini iaitu Yet to Come (The Most Beautiful Moment) oleh BTS, Loco oleh Itzy, Hot oleh Seventeen, Maniac oleh Stray Kids dan The Feels oleh Twice.