Kebelakangan ini semakin ramai penyanyi menunda atau membatalkan konsert jelajah atas faktor kesihatan, terbaharu adalah Demi Lovato.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story dua hari lalu, Demi meluahkan hasrat untuk meletakkan noktah pada konsert jelajah yang akan datang.
Dia kini sedang menjayakan konsert ketujuhnya, Holy Fvck Tour yang baru bermula sebulan lalu dan dijadualkan berakhir pada bulan November.
Penyanyi berusia 30 tahun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai masalah kesihatannya namun sempat berkongsi sekeping foto dan menjelaskan keadaan dirinya ketika itu.