Lady Gaga terpaksa menghentikan pertunjukan konsert terakhirnya, Chromatica Ball Tour di Florida selepas bandar itu dilanda angin ribut kencang.
Lady Gaga hampir mengakhiri konsert persembahannya namun hujan kilat mulai menyambar di sekitar Stadium Hard Rock Miami.”Kami perlu menghentikan persembahan selama seminit,” kata penyanyi Bad Romance itu kepada 65,000 peminat di stadium dan menasihati mereka untuk bergerak dengan tenang ke kawasan dalam yang lebih selamat.
Mengharapkan ribut itu akan berlalu pergi, namun konsert itu akhirnya terpaksa dibatalkan kerana petir mulai menyambar tidak henti. Bintang itu kemudiannya menghantar permohonan maaf yang sebak kepada peminat di akaun Instagramnya.
Gaga yang mengesat air matanya mengatakan mereka benar-benar telah cuba untuk mempercepatkan persembahan malam di Miami tetapi tidak dapat dilunaskan kerana hujan tidak berhenti dan petir mulai menyambar hingga ke tanah yang begitu dekat dengan pentas.
I love you little monsters, forever xoxo, Mother Monster #WeLoveYouGaga #ChromaticaBallMiami I’m sorry I used my best judgment, it wasn’t safe.
— Lady Gaga (@ladygaga) September 18, 2022
“Saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan jika berlaku apa-apa kepada peminat atau mana-mana ahli krew saya dalam stadium.” Penyanyi itu kemudiannya mengambil sejambak bunga ros yang dibaling oleh peminat ke atas pentas dan berkata dia akan “menghargainya selama-lamanya”.
Stadium Hard Rock ialah rumah kepada pasukan bola sepak Amerika Miami Dolphins dan hanya mempunyai separa bumbung. Sebelum pertunjukan dibatalkan, peminat telah berkumpul di bawah bahagian terlindung tempat itu dan menyanyikan lagu hit Gaga Rain On Me walaupun diselubungi bunyi guruh yang menakutkan.
Artikel berkaitan: “Saya Sudah Tidak Mampu Untuk Teruskan” – Demi Lovato