Lebih sedekad bergelar suami isteri, rumah tangga Tom Brady dan Gisele Bundchen kini retak menanti belah.
Tom dan Gisele yang berkahwin pada tahun 2009 dilaporkan sedang berdepan saat sukar dalam perkahwinan dan sudah lebih sebulan tidak tinggal sebumbung.
Pasangan tersebut telah lama berjauhan antara satu sama lain sejak quarterback profesional itu kembali bermain untuk National Football League (NFL). Gisele pula dikatakan mengembara dari satu bandar ke bandar lain untuk mencari ketenangan.