Selepas 12 tahun, Blake Shelton mengejutkan penonton apabila mengumumkan pengundurannya dari kerusi juri The Voice.
Dia berkongsi khabar itu bersama peminat menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Selasa lalu, mengatakan ‘sudah tiba masanya untuk dia pulang’.
“Saya telah berfikir masak-masak mengenai perkara ini dan memutuskan sudah sampai masanya untuk saya berundur dari The Voice selepas Musim ke-23,” tulisnya.